Thursday, 1 October 2015

Teguran..!


 Akan tiba masanya wang tidak begitu penting lagi.
Yang penting kesihatan.

Kemudian masa berlalu...
kesihatan akan menjadi kurang penting, yang penting kasih-sayang.

Dan masa terus berlalu... 
kasih-sayang pun akan dirasakan kurang penting, yang penting amal ibadah.

Saat bertemu Allah kian hampir. 
Tinggallah segala harta, saudara dan segalanya.

Hidup hanya sementara, terlalu singkat untuk terus membenci dan sengketa.

~ Ustaz Pahrol~

Kerna Allah Kasih..


" Kadang kadang Allah menjadikan hati manusia itu hancur berkali-kali dengan perkara dunia sebab Allah ingin menghidupkan hati yang hancur hanya dengan Allah, sebelum dia bertemu dengan Allah di akhir hidup dia. "
~ Abdul-Qadir Gilani

Friday, 25 September 2015

Bila Hati Kian Membusuk!

 Bila setiap nasihat dianggap ; kerana iri,
Bila semua teguran dianggap ; kerana dengki,
Bila dakwah ajakan ditafsir ; kerana benci,
Sampai bila hati mahu muhasabah...?

Apabila semua nasihat yg datang dilihat sebagai ancaman, 
mungkin bukan 'nasihat' itu yg bermasalah,
Tapi hatimu yg perlu diperbaiki.

Bukankah semua dan apa 'yg hadir' dihadapanmu dgn izin Allah juga...?

Muhasabah bersama :(